Ini Buku Conteng Hikari ^(^_^)^

the chosen light

QALAM: We Are Sisters. Forever. October 27, 2012

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 1:33 pm

salam…

waaa berhabuknye berhabuknye!

hmmm banyaknya events yg dah berlaku

banyaknya nak cite!

sampai xtau nak start dr mana….

******************************

Alhamdulillah;

saya telah berstukar status  *uhukk uhukk*

merupakan QS terakhir yang menaiki tangga kedua;

ia bukan sesuatu yang mudah .

saya masih ingat lagi;

ketika sahabat2 semuanya sudah ada ‘plan’ bila blk msia nanti;

saya agak terkontang kanting

agak blurr

pastu terbaca plak blog akak muharikah

hmmm….bermain2 juga di hati dan fikiran saya..

am i going to feel the same thing

*******************************************************

siapa tidak kenal muthiah.

hampir setiap post saya ada namanya

di russia, ke mana-mana bersamanya

hingga pernah seorang coursemate ternampak muthiah berjalan2 seorang diri,

lalu dengan cemasnya bertanya “eh mana hikari??? sakit ke??”

begitulah peliknya kalo muthiah tanpa hikari and vice versa

begitulah.

janggal kalo x ada muthiah.

muthiah juga janggal kalo x ada hikari, bukan?
=p

begitulah.

maka tidak hairan bukan jika ketika muthiah berkahwin saya merasakan kehilangan?

kini dia milik orang…

saya tidak boleh tanpa segan silu ke rumahnya bila2 masa seperti dulu.

saya tidak boleh menempel2 dengannya seperti dulu.

saya kira bukan saya seorang berfikiran begini.

tidak boleh tidak,

akhwat lain juga berasa begitu bukan bila sahabat kita dh kena share dgn org lain?

but tarbiyyah is magic!!!

nothing make me happier than seeing her happy.

dia ayu sekali. bahagia sekali.

dan saya tanpa sedar, turut tersenyum bahagia.

*****************************************

hari2 seterusnya tanpa muthiah,

terasa agak janggal

balik hostel tengok almari sudah separuh kosong.

oh…muthiah sudah tiada di sini.

takpe…Allah ada…

saya tahu Allah sengaja menyusun begini..

untuk menguatkan saya..

untuk mendekatkan saya padaNya…

saya tahu…

but really, indeed..

tarbiyyah is magic..

memetik kata2 seorang sahabat; ” dalam hati akhwat, ada satu tempat yang special yang even zauj dia pun xleh sentuh..hanya sisters je yg bleh sentuh…”

itulah yang berlaku.

unexpectedly,

kami masih seperti dulu.

malah makin kuat .

saya sahaja yang berfikir bukan-bukan.

malah zaujnya sporting sahaja =D

saya masih ingat bagaimana muthiah, makcik2 susah hati dengan urusan saya yang x setel2…

saya tahu muthiah yang paling susah hati;

malah saya jadi rasa bersalah dengan muthiah…

kini;

housemanship hampir habis ke penghujungnya .

bercakap dari pengalaman, UKHUWWAH,

i repeat, UKHUWWAH…

sangat2 memainkan peranan penting .

adik2 , sahabat2 yang akan BFG (balik for good);

pemilihan tempat adalah kritikal.

pilihlah tempat yang ramai sisters,

yang ramai support system.

Baitul Muslim?

kalau ada rezeki boleh juga.

tapi kalau tak ada rezeki lagi jangan susah hati.

jangan kecil hati.

jangan rasa tak disayangi atau dihargai.

jangan rasa terancam.

sebab yang menjagamu nanti adalah Allah dan hanya Allah….yakinlah.

**************************************

hmm… sebab menulis blog ini kali ini?

rindu pada Qalam.

pada biah solehahnya.

pada penghuni2nya.

pada pelawat2nya..

rindu sangat!!!

p/s: juga dengar2 ada BFG bakal balik dari india (wink2), poland, czezh,..ya?mehla2 HSNZ…x sabar mahu bertemu!!

 

2 Responses to “QALAM: We Are Sisters. Forever.”

  1. Iznie Says:

    salam sis hikari.. 🙂 baru nampak, selepas lebih setahun. ^_^

  2. mfr studio Says:

    oh dah kawen ek? tahniah2 barakallah.. moga masih boleh tengok karya komik Pn Doktor Hikari lagi lepas ni. itu saja yang ingin saya katakan. wassalam.


Leave a comment