Ini Buku Conteng Hikari ^(^_^)^

the chosen light

QALAM: Agar Kita Makin Faham,…Agar Kita Makin Cinta…. November 17, 2009

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 11:40 pm

 

“Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat…”

 

Dulu-dulu semasa masih hingusan di SESMA,

selalu je dengar hadits kat atas ni…

hadits penuhnya berbunyi begini;

 

“Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka.” (hadis riwayat Bukhari & Tirmidzi)

 

Maknanya,

sampaikanlah…

tak banyak, sikit pun jadilah….

asalkan jangan tak langsung…

semangat betul Rasulullah SAW suruh kita sampaikan…

hmm..agak-agak kenapa ya?

 

 

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

 

Kerana menyampaikan itu adalah sunnah Rasulullah SAW  yang kita cintai.

Sunnah yang nak tak nak kita kena jadikan habit!

 

Macam dalam kartun kat atas ni,..

kadang-kadang kita tak tahu pon apa guna sesuatu benda tu,

tapi just keep on menyampaikan pada orang lain,

entah-entah orang yang paling laaaaaaaasssst tu yang tahu apa guna benda yang kita nak sampaikan…, who knows?

And mana tahu on the way kita menyampaikan tu, kita jadi makin faham dan faham,..

apa benda yang kita tengah sampaikan nih.

 

Macam dulu jugak,

time Rasulullah SAW cakap pasal tanda-tanda kiamat..

mesti sahabat-sahabat masa tu takleh nak bayang macam mana perempuan-perampuan akhir zaman ni ‘berpakaian, tapi telanjang’.

Tapi diorang keep on je bagitahu orang lain…

Dan akhirnya kita yang dok akhir zaman ni yang dapat menyaksikan apa itu ‘berpakaian tapi telanjang’.

 

Macam tu jugak bila kita berdakwah (dakwah = mengajak, menyeru, memanggil),

Kita ajak je,…

Tak perlu nak bagi alasan “tak cukup baik”, “tak cukup ilmu”, dan bermacam-macam “tak cukup” lagi lah..

Kita ajak/seru/panggil je…

Try dulu buat dakwah tu..

Sebab dakwah tu sendiri maksud dia ‘mengajak’ kan, bukan ‘mengajar’…

So tak perlu nak tunggu ilmu penuh di dada, or tumbuh sayap kat belakang macam malaikat baru nak berdakwah…

 

Dan sebenarnya makin kita ajak orang,

Makin kita semangat buat baik (sebab malu laa kan kalo orang yang mengajak tak buat apa yang dia ajak orang buat =p),

Makin kita ajak,

Makin kita faham apa benda yang kita ajak/dakwahkan ni,

Makin kita faham ke mana kita nak pergi sebenarnya,

Dan dengan tarbiyah kesukaran-kesukaran dariNya yang diikuti dengan keajaiban jalan keluar yang tak terfikirkan,

Makin dekat kita dengan Dia…makin cinta kita kat Dia…

 

Dok gituh? =)

 

p/s: honestly 2 tahun yang lalu masa gi jaulah UK tak paham sangat pun taarif/takwin/tanfiz, wadah, etc etc..pastu bila dah ada lapisan2 kat bawah baru paham betul2…Alhamdulillah…semoga aku dikurniakan thabat untuk tetap di jalan ini… dan seterusnya makin faham agamaMu, makin cinta padaMu…Ameen…

Advertisements