Ini Buku Conteng Hikari ^(^_^)^

the chosen light

Qalam: Bila Hanya Tinggal Jasad…. October 29, 2009

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 11:58 pm

(ini iklan….)

Pernah tak rasa tertipu?..

Anda sedang hidup aman damai  tanpa bencana…

lalu anda hidup bersenang-lenang dengan senang hati,

dan anda makan banyak-banyak.

lalu anda menjadi gemuk, dan tidak macho/jelita lagi.

lalu anda berdiet,

dan exercise banyak-banyak, bagi berketul/ramping langsing.

lalu anda menjadi macho menawan dan jelita memikat seperti yang anda harap-harapkan.

lalu ramailah yang datang mahu berkenalan.

lalu anda jatuh cinta.

cinta amat.

alamak, bila dah euphoric ni banyak plak jerawat timbul.

ish, cepat-cepat pakai segala jenis ubat jerawat.

cis, tak guna punya ubat jerawat! tinggal parut plak.

iklan je lebeyh,..ciss!

owh, takpe2,..nasib baik ade concealer.

wahh,..ebat2…tak nampak dah parut jerawat!

haa…tenyeh sket lagi,…

eh, lagi sket lah…

hurmm, alang-alang pakai blusher terus lah.

aww, macam anak patung dowh~

eh, eh…kalo letak eyeshadow mascara ni cun jugak nih..

.  .  .  .  .  .  .  .  .

dan begitulah seterusnya…

struggle punye struggle,

anda kelihatan cantik akhirnya…

 

sayang, lihatlah…chomell kan i?

sayang,…eh…sayang….?

sape sebelah sayang tu…?

sayang????!!!!!

 

lalu anda kecewa….

lalu anda hilang pertimbangan….

lalu BAMMMMM!!!!!

anda dilanggar lori….

lalu tinggallah anda di situ…

seketul jasad tak bernilai lagi…..

lalu bila datang Munkar dan Nakir,

barulah anda sedar….

 

Anda tertipuu!!!!

(….iklan tamat)

huhu..entahla ape saya mengarut ni…supposedly saya tulis entry ni sebaik abis cycle forensic,…tapi dah ilang feeling plak..iskk…ni sume scanner punye pasal! (nak gak salahkan scanner)

bukan ape,…hari tu bila pegi autopsy kesian plak…teringat masyarakat russia ni yang menjadi kecantikan luaran sebagai nilai utama mereka…sampai ke umur senja pun berusaha lagi kaler-kaler rambut and pakai mekap tebal-tebal untuk menutup kedut-kedut tua…tapi nak buat macam mana kan, dah itu satu-satunya yang menjadi nilaian utama mereka…hisap rokok sambil terkangkang  kaki tepi jalan takpe, asalkan muka cantik body 1st class.. sedangkan budak yang pakai tudung ni, bile tolong makcik lintas jalan, or bagi tempat duduk dalam bas,..bleh plak makcik tu tanya,.. “sayang la awak ni muda-muda lagi tutup rambut…knape nak sorokkan cantik awak tu?bukannya parents awak nampak pun..”….alahai makcik, buruk sangat ke kalau pakai tudung, baju labuh tak nampak shape body?…cantik ape (haha~)…papepun makcik, sama-sama…

makcik tahu tak?

kat Russia ni kalo meninggal wajib buat post-mortem.

hurm…sebab banyak sangat, kadang-kadang lepas 2-3 hari baru leh wat autopsy.

saya ari tu yang 5 hari pun ade makcik…dah kembung perut dia..mulut pun bengkak berbuih-buih…

so, bile dah biar lama tu kan makcik,…bau pun jadi tak best…cantik macam mana pun, hensem macam mana pun, dia tetap akan jadi busuk..ala-ala bau bangkai katak gitu…

pastu nanti dada makcik akan dibelah…

pastu segala organ2 makcik dari lidah, trachea, esophagus, jantung, paru-paru, jantung, perut, hati, usus…semua direntap…then dihiris2 untuk diperiksa….

then tengkorak makcik pulak di gergaji untuk dikeluarkan otaknya….

pastu bila dah abis semua, dia letak  je mayat makcik bersepah-sepah atas lantai (sebab banyak lagi mayat nak kena belah nih..tak cukup tempat)….persis daging lembu gitu….

masa tu kan makcik, dah tak nampak rupa manusia dah…huhu

 

Saya just nak cakap kat makcik,…

bile kite mati nanti kan makcik…

rambut kita yang panjang mengurai, mata kita yang galak, hidung yg mancung bak seludang, bibir merah delima, pipi mulus kemerah-merahan – semua tu dah tak ada nilai makcik….

yang ada nilai ialah apa yang kita buat masa kita hidup….apa yang kita tinggalkan selepas kita mati…

 

scan0003

 

(salah satu tattoo yang ada pada peha mayat yang diserahkan kepada kami – 3 ibu segala dosa; zina (perempuan), arak, judi…ironi kan…)

 

People say living life is harder than being dead…well in life we keep struggling,

but in the end, we’ll end up being dead.

Allah gave us only one chance, and it is NOW, right now right here.

so you choose.

just end up being dead.

or die in His glory, with smile on the face.

senyum2

senyum1

senyum5

senyum7

senyum8

 

p/s: jelez dengan para syuhada yang jenazahnya berbau wangi x busuk….huhu..waaa takotnye kalo mati nanti jadi busuk macam katak mati~! nauzubillah…

scan0002

 

p/ss: Sekeluarnya saya dari ‘bilik mencincang’ itu, tetiba terserempak dengan salah satu mayat tadi atas stretcher…dah siap dipakaikan kemeja & kot, rambut pun kemas disikat belah tepi..hurm,..ensem2 pon, dah jadi mayat pakcik……

 

*SOALAN UNTUK KITA SAMA-SAMA JAWAB: sahabat-sahabat, adik-adik yang dikasihi…kita dok struggle susah-susah hidup ni kan, dengan study, dengan belajar, dengan exam, dengan assignments, pastu dengan exam balik…untuk apa sebenarnya ye…?

 

 

~jangan jadi robot!!

 

Hikari: Malu…malu…oh..malu… (-_-!)

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 7:55 pm

scan0001

 

Frustrated October 22, 2009

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 2:03 am

Scanner x jadi. Sedihh @(>_<)!@