Ini Buku Conteng Hikari ^(^_^)^

the chosen light

QALAM: 2 Perkara…. April 30, 2010

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 1:51 am

*In case tak perasan, kat bawah pic akhwat yg kenyit mata tu actually nak cakap yg mulut/lidah berkadar terus dengan hati…”Hati itu seperti periuk dengan isi yang mendidih. Sedangkan lidah itu gayungnya. Maka perhatikanlah ketika seseorang itu berbicara. Kerana sesungguhnya, lidahnya itu akan mengambilkan untukmu apa yang ada dalam hatinya. Pengambilan lidahnya akan menjelaskan padamu rasa hatinya.”

=> Kelurusan lidah bergantung pada kelurusan dan kebersihan hati!!

**saya selalu lost word kalo bercakap di depan…alamak hati kotor nih…sob3 (T_T)

 

ADIK: Usrah? Za Chem?

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 1:33 am

(*za chem?: utk apa?) hehe

Salam

Semua orang nak Islam menang.

Adik pon mesti nak Islam menang kan…

Kita semua mengidamkan sebuah dunia yg penuh dengan keamanan dan cinta..

Dunia di mana Islam tidak ditindas sebaliknya menjadi ikutan..

Dunia di mana semua org pakat ramai2 nak masuk Islam..

Dunia di mana semua sistem politik, ekonomi dan sosial berteraskan undang2 Allah…

Dunia di mana Allah disembah dengan selayak2nya Dia disembah..

Dunia di mana kalau seorang muslimah kena kacau sket je, terus khalifah dan tenteranya datang utk membela…

Best kan?..

Itulah Ustaziatul Alam (world order) impian kita…

Tapi untuk mencapai ustaziatul alam bukannya mudah…

Ia bermula dari akar segala akar.

Masakan menanam buah mempelam akan mendapat buah durian.

Ia merupakan satu tabii natural yg akan terjadi sendiri apabila syarat2 tertentu dipenuhi.

Ada peringkat2 yang perlu dilalui. Ada tahap2 yang perlu dilepasi.

Itulah 7 muratib amal – individu muslim, baitul muslim, masyarakat muslim, kerajaan islam, daulah islam, empayar islam dan ustaziatul alam:-

Ia bermula dengan unit paling kecil – Individu Muslim yang terhasil selepas melalui proses pentarbiyahan.

Hmm kat mana plak nak tarbiyah individu muslim ni?….

Kat mana lagi kalo bukan usrah! =)

Setuju enggak?

hehe

Tapi tunggu…

Tak semua yg masuk usrah kompem individu muslim tau.

Tarbiyah itu satu proses.

Dan setiap proses ada requirement untuk menentukan proses itu berjalan/berhasil atau tidak.

Itulah 10 muwosafat tarbiyyah yg kita selalu dengar tuh..

wokeh adik2ku,

skang dah faham kenapa kita usrah?

kalo ade usrah, mesti ada islah (perubahan)..

kalo takde islah, maknanye xde usrah la tu..or usrah yg xde maknanye… (dush!) (T_T)

huhu

wallahualam~