Ini Buku Conteng Hikari ^(^_^)^

the chosen light

HIKARI: Allah do work in miraculous way February 25, 2011

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 2:53 pm

Salam
lama tak bertemu
apa khabar anda? Apa khabar iman?

Saya mahu bercerita
tentang bagaimana Allah itu maha mendengar, maha pemurah
betapa Allah sayang pd hambaNya dan tidak pernah mahu hambaNya susah

*****************************

pada suatu hari,
semua HO paed telah dipanggil oleh timb.pengarah
isunya – HSNZ tlh mencatat extension rate plg ramai di Msia
dan penyumbang utamanya pastilah tdk lain tdk bukan – Paediatrik

ketika itu saya sdg menghadapi hari2 terakhir saya di paed
mmg rasa mcm tak ada harapan
yelah, 3rd 4th poster pon kna extend
apatah lg saya yg ibarat rusa msk kampung pada bulan pertama bekerja
selalu kna aim dgn HOD plk tuh
buku log saya kosong – menunjukkan betapa x yakinnya saya
x kisah sgt pun kna extend
cuma satu jela yg saya risau masa tu – selama ni saya bz, muthiah leh tlg cover utk adik2 usrah saya. Nanti kalau saya stuck kt sini, muthiah pula msk OnG yg bz tu, sapa mau cover adik2 kami…?
Risau.risau.

**********************

namun benarlah,
Allah jualah yg memegang hati2 mereka

“hah budak kecik, bila awak nk kluar?”
“farizah, okay tak assessment awak?”
“budak kecik, jamuan jgn lupa!”
“tahniah.be a good doctor”

*********************

as magical as it is
siapa sangka,
MO yg marah kita gile2 dululah yg backing kita
siapa sangka dialah yg sibuk2 concern psl kita lepas ke tidak

siapa sangka,
hanya dgn satu kes yg kite manage n present,
tetiba kita jd ‘shining’ dpn specialist – just because kebetulannya tu mmg pt under dia

Alhamdulillah3
tak tahu nk cerita macam mana dah
benarlah,
yg terlalu susah itu adalah terlalu mudah bg Allah
sungguhlah,
Allah menolong hamba2Nya yg menolong agamaNya

**************

dengan ini diumumkan,
all Qalamian passed their 1st postings
selepas ini saya ke ortho
azimah dan wadah ke OnG
aizadiha pula ke paed
doakan kami dilindungi dr apa2 kesibukan yg menghalang kami dr mdekatkan diri pd Allah
amiin

p/s: selepas Ammar, Qalam akan dpt lg seorang lg mujahid baru. Tahniah ummu tariq-to-be! 😉