Ini Buku Conteng Hikari ^(^_^)^

the chosen light

HIKARI: Aku, Kereta, dan……. October 2, 2010

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 11:45 pm

Salam rindu.

“eh hikari ni, lammaaa menghilang ke mana?”

“bila nak update?”

“mana entry baru?”

soalan yang biasa didengar.

walopon saya diam and lepas tu tak hapdet2,

ketahuilah…bahawa saya bukan mahu buat ‘dono’…. (bahasa standard: dont know, bukan -dono panggilan hormat dalam bahasa jepun itu)

ketahuilah bahawa setiap kali anda bertanya,

sepertinya ada extrasystole dalam hati ini.

lalu ectopic foci itu berkumpul lantas membentuk ventricular fibrillation,..

yang boleh membawa maut kepada pesakit…,..eh?

err,,maksudnya,

terima kasih kepada anda, anda, dan anda yg tak giveup2 mengingatkan saya utk hapdet blog yg tak seberapa ini….

*****************

entry ni utk semua, tapi specially dedicated to sorang adik ni…

nuuuunnn jauhh di volga sana,..

yang merajuk dengan saya sebab tak call dia masa dia nak fly balik.

haa…sape?sape??

haa ,maluler tu nak ngaku! =p

******************

heheh

adikku,

bukan akak lupe,

akak cume tak ingatt sikitt je…

masa tu nset kena bar,

akak ni memang jenis yg kalo tak reply on the spot,

kompem tak reply2 dah..

Adikku,

tahu tak kamu?

selain berjaya menyiapkan langsir yang saban hari kamu tanyakan khabarnya,

akak juga sudah berjaya mendapat lesen P!

Akhirnya!

hanya pada cubaan pertama!

hehe..

sejak adik akak yg lagi satu tu fly ke sheffield,

akak seringkali sayu,..

kerana dah takde orang temankan gi liqa’,

dah takde driver bawakan ke sana ke mari…

namun sekarang tidak lagi!!

akak sudah boleh bergerak sendiri!!!

(heheh,…akak bleh menunjuk ngn adik je ni…kalo akak nak excited dapat lesen P ngn kakak2 lain, kompem kena gelak..)

.   .   .

Tahukah adik?

akak amat takut dengan makhluk bernama kereta ni…

dulu lepas spm akak pernah juga amik lesen kete,

tapi terhenti separuh jalan, sebab…

ah, panjang ceritanya…

pendek kata akak memang fobia la…

maka belajar kereta ni merupakan suatu yg amat berat utk akak

(ah korang nak gelak, gelaklaa…sob3)

(sebuah kartun di papan kenyataan institut memandu tersebut yg membuat akak terasa tersindir sekali..sob3!)

namun bila akak dengar cerita2 rara tentang ain supir,

wahh..akak kagum sekali…

akak mahu jadi sepertinya juga…

bergerak bebas ke mana-mana,

seolah-olah tiada apa yang dapat menghalangnya,

seolah-olah kudrat dakwahnya tidak pernah ada sempadan,

Oh begitu macho sekali…!!

.   .   .

Jazakillah kepada ain supir yang menjadi sumber inspirasi akak,..

Ain, walopon kita tidak pernah berjumpa,..

namun jasamu tetap kukenang….

demi dakwah kita mesti mobile!!

yeahhhh!!

KADANG-KADANG KITA TAK BOLEH TERLALU LURUS/RIGID.

Adikku,

Begitulah hidup ini.

Kita perlu pandai membaca keadaan dan situasi.

akak pon tak pandai juge.

Sama-samala kita belajar ye dik.

p/s: terima kasih kepada Cikgu Sapri yang mengajar saya dengan penuh sabar…walopon hingga ke akhirnya saya tidak dapat membezakan sama ada cikgu suruh betul2 atau suruh main2..saya masih perlu belajar seni gurau senda orang tua2 nampaknya…

p/ss: sejak balik Malaysia ni banyak betul kejutan..saya asyik terkejut-terkejut..cakap pasal kereta, seorang sahabat lama saya accident bulan puasa baru ni…tak lama selepas itu sepupu saya ina pula terlibat dalam kemalangan yg meragut nyawa zaujnya..seorang imam, seorang hafiz,..seorang abi kepada Arsyad yang baru berumur 5 bulan…raya tahun ni raya yang penuh dukacita…seluruh keluarga saya murung dengan tragedi ini..dan saya sebagai sepupu yang rapat dengannya seperti adik beradik, terasa sangat loser apabila tidak dapat mengurangkan esakannya..saya hanya mampu memeluknya kuat2..dan bila dia bertanya, “Nor, boleh ke ina jumpa dia lagi..?”…aku hanya mampu menahan sebak. Hilang sudah kata2 motivasi, ayat2 penenang yang selama ini lancar meniti di bibir…..al-Fatihah…

baby Arsyad…always cheerful and active…jadi anak soleh ye nak…anak soleh yang akan menemukan ummi dan abi di syurga nanti…amiin..

Akhir kata,

Memandulah dengan berhati-hati (termasuk saya)

Ingatlah orang tersayang (family, murabbi, mutarabbi..)

-Hikari-

Advertisements