Ini Buku Conteng Hikari ^(^_^)^

the chosen light

HIKARI: Aku, Kereta, dan……. October 2, 2010

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 11:45 pm

Salam rindu.

“eh hikari ni, lammaaa menghilang ke mana?”

“bila nak update?”

“mana entry baru?”

soalan yang biasa didengar.

walopon saya diam and lepas tu tak hapdet2,

ketahuilah…bahawa saya bukan mahu buat ‘dono’…. (bahasa standard: dont know, bukan -dono panggilan hormat dalam bahasa jepun itu)

ketahuilah bahawa setiap kali anda bertanya,

sepertinya ada extrasystole dalam hati ini.

lalu ectopic foci itu berkumpul lantas membentuk ventricular fibrillation,..

yang boleh membawa maut kepada pesakit…,..eh?

err,,maksudnya,

terima kasih kepada anda, anda, dan anda yg tak giveup2 mengingatkan saya utk hapdet blog yg tak seberapa ini….

*****************

entry ni utk semua, tapi specially dedicated to sorang adik ni…

nuuuunnn jauhh di volga sana,..

yang merajuk dengan saya sebab tak call dia masa dia nak fly balik.

haa…sape?sape??

haa ,maluler tu nak ngaku! =p

******************

heheh

adikku,

bukan akak lupe,

akak cume tak ingatt sikitt je…

masa tu nset kena bar,

akak ni memang jenis yg kalo tak reply on the spot,

kompem tak reply2 dah..

Adikku,

tahu tak kamu?

selain berjaya menyiapkan langsir yang saban hari kamu tanyakan khabarnya,

akak juga sudah berjaya mendapat lesen P!

Akhirnya!

hanya pada cubaan pertama!

hehe..

sejak adik akak yg lagi satu tu fly ke sheffield,

akak seringkali sayu,..

kerana dah takde orang temankan gi liqa’,

dah takde driver bawakan ke sana ke mari…

namun sekarang tidak lagi!!

akak sudah boleh bergerak sendiri!!!

(heheh,…akak bleh menunjuk ngn adik je ni…kalo akak nak excited dapat lesen P ngn kakak2 lain, kompem kena gelak..)

.   .   .

Tahukah adik?

akak amat takut dengan makhluk bernama kereta ni…

dulu lepas spm akak pernah juga amik lesen kete,

tapi terhenti separuh jalan, sebab…

ah, panjang ceritanya…

pendek kata akak memang fobia la…

maka belajar kereta ni merupakan suatu yg amat berat utk akak

(ah korang nak gelak, gelaklaa…sob3)

(sebuah kartun di papan kenyataan institut memandu tersebut yg membuat akak terasa tersindir sekali..sob3!)

namun bila akak dengar cerita2 rara tentang ain supir,

wahh..akak kagum sekali…

akak mahu jadi sepertinya juga…

bergerak bebas ke mana-mana,

seolah-olah tiada apa yang dapat menghalangnya,

seolah-olah kudrat dakwahnya tidak pernah ada sempadan,

Oh begitu macho sekali…!!

.   .   .

Jazakillah kepada ain supir yang menjadi sumber inspirasi akak,..

Ain, walopon kita tidak pernah berjumpa,..

namun jasamu tetap kukenang….

demi dakwah kita mesti mobile!!

yeahhhh!!

KADANG-KADANG KITA TAK BOLEH TERLALU LURUS/RIGID.

Adikku,

Begitulah hidup ini.

Kita perlu pandai membaca keadaan dan situasi.

akak pon tak pandai juge.

Sama-samala kita belajar ye dik.

p/s: terima kasih kepada Cikgu Sapri yang mengajar saya dengan penuh sabar…walopon hingga ke akhirnya saya tidak dapat membezakan sama ada cikgu suruh betul2 atau suruh main2..saya masih perlu belajar seni gurau senda orang tua2 nampaknya…

p/ss: sejak balik Malaysia ni banyak betul kejutan..saya asyik terkejut-terkejut..cakap pasal kereta, seorang sahabat lama saya accident bulan puasa baru ni…tak lama selepas itu sepupu saya ina pula terlibat dalam kemalangan yg meragut nyawa zaujnya..seorang imam, seorang hafiz,..seorang abi kepada Arsyad yang baru berumur 5 bulan…raya tahun ni raya yang penuh dukacita…seluruh keluarga saya murung dengan tragedi ini..dan saya sebagai sepupu yang rapat dengannya seperti adik beradik, terasa sangat loser apabila tidak dapat mengurangkan esakannya..saya hanya mampu memeluknya kuat2..dan bila dia bertanya, “Nor, boleh ke ina jumpa dia lagi..?”…aku hanya mampu menahan sebak. Hilang sudah kata2 motivasi, ayat2 penenang yang selama ini lancar meniti di bibir…..al-Fatihah…

baby Arsyad…always cheerful and active…jadi anak soleh ye nak…anak soleh yang akan menemukan ummi dan abi di syurga nanti…amiin..

Akhir kata,

Memandulah dengan berhati-hati (termasuk saya)

Ingatlah orang tersayang (family, murabbi, mutarabbi..)

-Hikari-

Advertisements
 

ADIK: Za chem Usrah? (comel version) June 17, 2010

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 11:27 pm

* just nak share gamba yg che mus’ab buat. Alhamdulillah comel sangat n lebih mudah difahami compare ngn conteng2 kt entry before ni. hehe. suke sgt gamba ni che mus’ab!suke!suke! (excited plak) haha

(che mus’ab nnt nak blaja la ngn awak.. =p )

 

QALAM: Trust Me, I’m a Doctor June 16, 2010

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 6:55 pm

Trust Me, I’m a Doctor Prozah

Salam.

akhirnya 6 tahun yang panjang sampai ke penghujungnya.

akhirnya saya dan rakan-rakan berjaya menamatkan pelajaran sebagai doktor.

Alhamdulillah3x =)

huhu

gembira.

excited.

cuak.

sedih.

terharu.

risau.

semua bercampur-aduk menjadi satu.

gembira kerana amanah telah ditunaikan.

sedih utk meninggalkan adik2.

risau dengan masa depan.

masa depan sebagai da’ie yang bergelar doktor.

(sorry x clear sangat sebab crop dari gambar)

Semua orang tahu,

dunia ini akan berakhir

dan akhirat akan menunggu.

tapi tak semua tahu (atau tahu tapi tak mahu),

untuk menggunakan dunia ini untuk akhirat.

Doktor, engineer, cikgu, businessman,..

itu semua title semata.

kerana kerja kita yang sebenarnya ialah…… (please fill in the blank sendiri keh =p)

Orang yang untung ialah mereka yang bekerja untuk akhirat.

Pekerjaan itu ibarat bola,

yang ditendang-tendang untuk score goal kat akhirat.

pekerjaan itu ibarat magnet,

yang menarik logam-logam untuk dilebur dan dibentuk.

Pekerjaan itu adalah amanah….

DOAKAN SAYA INGAT INI, SAMPAI BILA-BILA, dalam lapang atau dalam sempit. amiin.

p/s: jangan lupe! – pekerjaan mestilah diniatkan lillahi ta’ala plus ikut syariat, barulah valid as ibadat.

p/ss: entry ini tiada kaitan dengan world cup. tidak tidak. saya tak suka tengok bola, main bola mahupun makan bola.

p/sss: Prozah itu bukan nama saya. oh tidak. Prozah = Professional Ustazah. hehe =)

 

Jaulah: Saya sayang akhwat saya~ May 23, 2010

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 11:45 am

(erm..lukisan ini hanya kisah sebenar yang dijadikan analogi)

***

Dalam DnT ini,..

kita akan jumpa banyak orang..

kita akan mendapat ramai kenalan..

tapi dalam banyak2 orang itu,

tak akan ada yang sama dengan sahabat2 yang menemani kita dari awal

yang sama-sama merangkak

yang sama-sama belajar berjalan

yang sama-sama belajar berlari

yang sama-sama menangis bila tersadung

yang sama-sama ketawa bila suka

**********************************

dan bila kita sudah lancar berlari

kita jadi seronok

seronok dapat lari laju-laju

kita terus pandang ke depan

dan terus memecut

terkadang kita lupa

untuk mengerling ke sisi

rupa-rupanya sahabat kita tersadung di belakang….

**********************************

Ada 3 syarat untuk istiqamah;

Murabbi, Biah solehah, Amal yang berterusan…

dan siapa lagi yang ada dalam Biah Solehah itu kalau bukan sahabat2 kita…

di depan mutarabbi kita sentiasa berusaha mencontohi profil murabbi

sebab tu tak pelik bila time muhasabah dan mereka disuruh tulis tentang kita,

column -ve akan kosong….

bagi mutarabbi kakak-kakak ni memang perrrrfect abes arh!…

tapi….

*********************************

Tapi kalau betul kita perfect tak namanya manusia plak kan..

tumbuh sayap la plak nanti…heheh

we are bound to have weakness

dan siapa lagi yang tahu itu semua…

kalau bukan sahabat2 kita..?

sebab tu la..

pelik kalau namanya akhwat,

tapi tak solat sama-sama…

pelik kalau dengan adik2 kita kluar dating etc etc

tapi bila di rumah kita masak sendiri2..

sedangkan…

siapa yang akan perasan akhwat tu tgh sedih kalau bukan akhwat di sisi?

siapa yang akan perasan akhwat tu tgh jiwa kacau kalau bukan akhwat sendiri?

siapa yang akan perasan akhwat tu tgh futur kalau bukan akhwat sendiri….?

p/s : entry ni utk peringatan saya sebenarnya…sbb saya rasa saya selalu dalam dunia sendiri and kurang prihatin kat sahabat2..sorry ye kawan2 sume..

p/ss: Qalam dah lama x mkn dulang sama2..asek mkn luar je sama2..heheh. tapi at least kite mkn dari air tgn yg sama hihi

p/sss: ni maybe last entry before final exam…doakan saya ye!!

p/ssss: byk la plak p/s nye..lastly, uhibbukuna fillah!!

dah2,..gi study Hikari…

 

ADIK: I’ll be waiting for you…. (T_T) May 6, 2010

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 1:31 am

Adik…,

tersangatlah rugi apabila seseorang itu terpilih untuk diberi hidayah oleh Allah,

and then she/he just walk away like nothing happened.

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”    (9:39)

Allah dah bagitau kita awal2 dik,

kalo kita jual mahal and taknak membela agama Dia,

Dia bukan sahaja akan mengazab kita dengan azab yang tak ter’imagine’ sakitnya,

malah dia akan gantikan kita dengan orang lain.

Dan Dia sedikitpun tidak rugi dengan ‘pelarian’ kita.

Sebaliknya, kita yang rugi….

Dan di akhir ayat itu Allah ingatkan kita yang dia Maha Kuasa terhadap tiap-tiap sesuatu.

Dia Maha Kuasa terhadap diri adik, terhadap kecintaan adik, dan segala apa yang ada pada adik…

Takde apa yang ada pada diri kita ni kan dik,

kalo Allah dah tak suke kita….

Adik…,

bila hidayah datang menyapa,..

ia perlu dijaga, dibaja dan disiram agar menjadi akar kuat yang boleh menyokong ‘pembesaran’ kita..

jangan buat endah tak endah..

jangan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku,..

takut-takut Allah dah tak pilih kita untuk kali kedua…

takut-takut kita mencabar kemurkaan Allah…

Adik………..,

nak mandi ke taknak nih?..

papepon akak ade je kt sini…

kalo adik nak akak terjun sekali and tarik adik pon akak tak kisah…

akak rela…

sebab akak sayang sangat kat adik..

sayang yang taktau dah nak cakap cane… (T_T)

Adik,…..

tiada orang yang sempurna…

semua orang ada kisah silam kelam masing-masing…

tapi bukan itu yang Allah tengok…

Allah nak tengok sama ada kita berusaha untuk membersihkan sisa-sisa lumpur tu,..

atau kita terus selesa berendam dalam kedinginan dan ‘kewangian’ lumpur tu..

Adik,..

jom mandi?

-akak-

*’pelarian’, ‘pembesaran’..?papelah…mintak maap saya memang kurang vocab~

 

QALAM: 2 Perkara…. April 30, 2010

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 1:51 am

*In case tak perasan, kat bawah pic akhwat yg kenyit mata tu actually nak cakap yg mulut/lidah berkadar terus dengan hati…”Hati itu seperti periuk dengan isi yang mendidih. Sedangkan lidah itu gayungnya. Maka perhatikanlah ketika seseorang itu berbicara. Kerana sesungguhnya, lidahnya itu akan mengambilkan untukmu apa yang ada dalam hatinya. Pengambilan lidahnya akan menjelaskan padamu rasa hatinya.”

=> Kelurusan lidah bergantung pada kelurusan dan kebersihan hati!!

**saya selalu lost word kalo bercakap di depan…alamak hati kotor nih…sob3 (T_T)

 

ADIK: Usrah? Za Chem?

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 1:33 am

(*za chem?: utk apa?) hehe

Salam

Semua orang nak Islam menang.

Adik pon mesti nak Islam menang kan…

Kita semua mengidamkan sebuah dunia yg penuh dengan keamanan dan cinta..

Dunia di mana Islam tidak ditindas sebaliknya menjadi ikutan..

Dunia di mana semua org pakat ramai2 nak masuk Islam..

Dunia di mana semua sistem politik, ekonomi dan sosial berteraskan undang2 Allah…

Dunia di mana Allah disembah dengan selayak2nya Dia disembah..

Dunia di mana kalau seorang muslimah kena kacau sket je, terus khalifah dan tenteranya datang utk membela…

Best kan?..

Itulah Ustaziatul Alam (world order) impian kita…

Tapi untuk mencapai ustaziatul alam bukannya mudah…

Ia bermula dari akar segala akar.

Masakan menanam buah mempelam akan mendapat buah durian.

Ia merupakan satu tabii natural yg akan terjadi sendiri apabila syarat2 tertentu dipenuhi.

Ada peringkat2 yang perlu dilalui. Ada tahap2 yang perlu dilepasi.

Itulah 7 muratib amal – individu muslim, baitul muslim, masyarakat muslim, kerajaan islam, daulah islam, empayar islam dan ustaziatul alam:-

Ia bermula dengan unit paling kecil – Individu Muslim yang terhasil selepas melalui proses pentarbiyahan.

Hmm kat mana plak nak tarbiyah individu muslim ni?….

Kat mana lagi kalo bukan usrah! =)

Setuju enggak?

hehe

Tapi tunggu…

Tak semua yg masuk usrah kompem individu muslim tau.

Tarbiyah itu satu proses.

Dan setiap proses ada requirement untuk menentukan proses itu berjalan/berhasil atau tidak.

Itulah 10 muwosafat tarbiyyah yg kita selalu dengar tuh..

wokeh adik2ku,

skang dah faham kenapa kita usrah?

kalo ade usrah, mesti ada islah (perubahan)..

kalo takde islah, maknanye xde usrah la tu..or usrah yg xde maknanye… (dush!) (T_T)

huhu

wallahualam~