Ini Buku Conteng Hikari ^(^_^)^

the chosen light

QALAM: Agar Kita Makin Faham,…Agar Kita Makin Cinta…. November 17, 2009

Filed under: Uncategorized — hikari2211 @ 11:40 pm

 

“Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat…”

 

Dulu-dulu semasa masih hingusan di SESMA,

selalu je dengar hadits kat atas ni…

hadits penuhnya berbunyi begini;

 

“Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka.” (hadis riwayat Bukhari & Tirmidzi)

 

Maknanya,

sampaikanlah…

tak banyak, sikit pun jadilah….

asalkan jangan tak langsung…

semangat betul Rasulullah SAW suruh kita sampaikan…

hmm..agak-agak kenapa ya?

 

 

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

 

Kerana menyampaikan itu adalah sunnah Rasulullah SAW  yang kita cintai.

Sunnah yang nak tak nak kita kena jadikan habit!

 

Macam dalam kartun kat atas ni,..

kadang-kadang kita tak tahu pon apa guna sesuatu benda tu,

tapi just keep on menyampaikan pada orang lain,

entah-entah orang yang paling laaaaaaaasssst tu yang tahu apa guna benda yang kita nak sampaikan…, who knows?

And mana tahu on the way kita menyampaikan tu, kita jadi makin faham dan faham,..

apa benda yang kita tengah sampaikan nih.

 

Macam dulu jugak,

time Rasulullah SAW cakap pasal tanda-tanda kiamat..

mesti sahabat-sahabat masa tu takleh nak bayang macam mana perempuan-perampuan akhir zaman ni ‘berpakaian, tapi telanjang’.

Tapi diorang keep on je bagitahu orang lain…

Dan akhirnya kita yang dok akhir zaman ni yang dapat menyaksikan apa itu ‘berpakaian tapi telanjang’.

 

Macam tu jugak bila kita berdakwah (dakwah = mengajak, menyeru, memanggil),

Kita ajak je,…

Tak perlu nak bagi alasan “tak cukup baik”, “tak cukup ilmu”, dan bermacam-macam “tak cukup” lagi lah..

Kita ajak/seru/panggil je…

Try dulu buat dakwah tu..

Sebab dakwah tu sendiri maksud dia ‘mengajak’ kan, bukan ‘mengajar’…

So tak perlu nak tunggu ilmu penuh di dada, or tumbuh sayap kat belakang macam malaikat baru nak berdakwah…

 

Dan sebenarnya makin kita ajak orang,

Makin kita semangat buat baik (sebab malu laa kan kalo orang yang mengajak tak buat apa yang dia ajak orang buat =p),

Makin kita ajak,

Makin kita faham apa benda yang kita ajak/dakwahkan ni,

Makin kita faham ke mana kita nak pergi sebenarnya,

Dan dengan tarbiyah kesukaran-kesukaran dariNya yang diikuti dengan keajaiban jalan keluar yang tak terfikirkan,

Makin dekat kita dengan Dia…makin cinta kita kat Dia…

 

Dok gituh? =)

 

p/s: honestly 2 tahun yang lalu masa gi jaulah UK tak paham sangat pun taarif/takwin/tanfiz, wadah, etc etc..pastu bila dah ada lapisan2 kat bawah baru paham betul2…Alhamdulillah…semoga aku dikurniakan thabat untuk tetap di jalan ini… dan seterusnya makin faham agamaMu, makin cinta padaMu…Ameen…

Advertisements
 

12 Responses to “QALAM: Agar Kita Makin Faham,…Agar Kita Makin Cinta….”

  1. aizadiha Says:

    salam nor..lemme be the 1st to comment..
    as the one invited by u.hehe

    1st time tgk lukisan ni.. selepas fresh baru siap dilukis, tanpa dialog..susa jugak nak faham.
    then barulah perasan tangan2 yang memberi tu.. mashimaro bagi pada naruto,naruto pass pada sailormoon..sailormoon hadiahkan kat ..kat hikari..huhu

    islam adalah agama yang menekankan konsep amal selepas ilmu. macam dulu..walaupun masyarakat yunani kaya dengan aliran pemikiran,falsafah,teori..but they were thinkers and not doers.. sedangkan segala teknik2 analisa yang baru, eksperimen, methodologi dibawa masuk oleh tamadun arab ke eropah.

    akhirnya tamadun yunani berkubur begitu shj dengan falsafahnya…oh,teringat blaja philosophy dulu..

    jazakillah ukhti..to give me strength to stay in this path. insyaAllah..sama2 jadi individu yang beramal..melahirkan ramai lagi jundiy yang ‘mungkin’ lebih faham dari kita yang menyampaikannya..

    macam rahib dengan ghulam kan,
    sampai suatu ketika rahib berkata pada ghulam ..”kamu kini lebih afdal dari aku..”

    jangan menangis walau jasadmu terluka
    apalah merepek ni. buat entry pulak..hehehe

  2. chep Says:

    salam kak nor…
    saya setuju sgt ngan ape yg kak nor tulis…
    tepat pd masanye jugak…
    kadang2 mmg terasa yg diri sdiri x btol2 paham apa yg disampaikan..yup, sumtimes.. =)
    tp, nak x nak, kita sampaikan jugak,
    mcm yg akak ckp, kdg2 org yg akhir2 bru paham…

    best2,,,trime kasih kak nor utk entry best nie..
    bg smgt pd kami.

  3. hope Says:

    btol2.. faham2..

  4. Nurtaqwa08 Says:

    salam nor..semoga nor sentiasa dlm titisan rahmatNya..catatan ini sungguh bermanfaat pd akak..

  5. ayyash Says:

    salam hikari..
    sukanye ur drawing..
    bley dikembangkan buat komik dakwah plak pasni..huhu..
    bittaufeq ukhti..
    barakallahulaki..

  6. ainul arina Says:

    salam akak..

    yup, kadang2 dalam ramai2 orang yang kita give something, even tak nampak jelas sangat kesannya, maybe ada jugak sorang dua yang terkesan sedikit. walaupun tak besar, tapi at least tetap ada… macam cerita nabi ibrahim dengan burung pipit tu.. cute je dia..

    dulu kita mengikutttttt je, tapi bila once dah lama2 nampak dan belajar baru kita faham apa sebenarnya yang kita buat.. apa orang kata? tak kenal maka tak cinta? tak gitu? hehe…

    semoga terus tsabat dalam perjuangan.. ^^,

  7. sis melezi @ mansoura Says:

    salam ‘aleyk~ best lah awaknye drawing..ade je nak kait ngan dakwah+ilmu..hmm..keep up ur work,ya! =)
    salam perkenalan+silaturrahim~

  8. semut Says:

    salam..
    awak, teruskan melukis utk kami semua ya.

    tak perasan yg mashimaro bg naruto bg sailormoon bagi hikari, until ada orang komen psl tu.

    saya sgt tersentuh dgn tangan2 itu.

    jazakallah ukhti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s